Jumaat, 21 Disember 2012

Helolilo :D

Nak percaya dia atau tak ? Aku rasa ragu-2 sebab dia pernah tipu aku dulu . Hmm :( Bila teringat balik ape yang dia buat kat aku dulu aku rasa sedih , sakit hati , bengang pun ade jugak . Susah sangat nak maafkan dia , nak percaya kat dia . Susah ken ? Hmm ..

-I love SA -

Helolilo :D

Hai assalamualaikum , Hari ni bangun awal sebab si MONSTER (abang) kejutkan aku -..- brr ~ kalau kejutkan aku dengan cara baik takpe gak , Ni tak kejutkan aku macam orang mintak kaki ! Bengang sangat-2 . And lagi 1 aku rindu kat SQUIDWARD :DD *dan malam tadi tido lambat sebab SQUIDWARD dok merepek -..-

-I LOVE sa -

Khamis, 20 Disember 2012

Helolilo :D

Assalamualaikum , Tadi petang aku pergi kedai and then aku terlanggar sorang makcik ni aku siap mintak maaf lagi . Dan tiba-2 makcik tu pergi maki aku depan semua orang , aku diam je kayy . Sebab dia kawan mak aku , Masa dia membebel tu sebenar aku pakai earphone dan aku tak dengar sangat ape yang dia cakap . Aku diam bukan bermaksud aku bodoh ataupun takut dekat dia . Aku diam sebab aku hormat dekat , Tapi tulah , susah nak faham orang yang tak sedar diri ni . Buat sakit hati jee .

*I love SA -

Helolilo :D

Assalamualaikum dan hai ? Hari -2 aku gaduh dengan abang aku , setiap adik-beradik macam tuh ke ? Tapi kitorang gaduh gurau-2 , gelak-2 . Tapi kadang-2 sakit hati jugak :D . Dan sekarang aku nak cerita pasal SA , aku tak tau lah dia tersalah makan ubat ke ape ke ? Tetibe luahkan perasaan , Ni first time kowt dia hantar text macam tu ~ mana tak nye baru berape minggu je couple . Tapi ken , Dia lah orang paling istimewa . Maksud aku , selama ni aku tak pernah nak setia dengan mane-2 lelaki pun , Bukan nak bajet ke ape . And sekarang aku memang setia sangat lah dengan dia *Ohh my Melayuuu XD Pelik tapi benar :))

-I love SA-

Rabu, 19 Disember 2012

Helolilo :D

Hari ni mungkin happy kowt , takde orang buat aku sedih , Mungkin :\  Aku rindu SA kowt  :D gedik sudahhh -..- Nasi goreng yang aku masak bersama dengan kakak aku tadi memang tak sedap kowt . Abang aku kata rasa dia macam ape ntah . Pape jelah , tapi mungkin kali ni aku takde cerita yang menarik tapi aku tetap nak post bosan lah katekan :))

-I love SA-

Helolilo :D

Cuti tahun ni mungkin tak best , sebab aku tak pergi mane-2 , Family aku pun busy . Tapi aku tetap post macam-2 kat blog ni kalau ade cerita menarik . Hari ni aku muntah-2 sebab banyak sangat makan . hehe :)) Anyway aku still tak boleh terima ape yang jadi kat aku semalam , memang sakit hati sangat-2 . Apepun aku tetap bersabar sebab aku sayang kat dia sebagai KAWAN :))

*Hari ni mungkin bosan -..-

Selasa, 18 Disember 2012

Helolilo :D

Selama aku berkawan dengan kau aku sabar , Tapi kali ni memang aku tak boleh sabar , Memang aku tergamam bila aku dapat tau kaulah punca aku BREAK dengan ex aku . Tapi time tuh aku memang sabar sebab aku sayng kau kawan :)) And now , bila aku keluar dengan orang lain kau kate aku lupa kawan lah apalah  , bila kau susah aku ade dengan kau . Dan bila aku perlukan kau , kau ade kat sisi aku tak ? Takde ken ? Sape yang lupa kawan sekarang ? Dah laa weyh , aku tak boleh nak bersabar dengan kau dah .

*Sejahat mane pun kawan kita tu , Dia tetap orang yang pernah tolong kita , Aku sayng kau sebab tulah aku diam :D

Khamis, 13 Disember 2012

Rindu nenek :D

Assalamualaikum :) Hari ni aku rasa rindu kat keluarga belah mak aku , Mungkin dah lama tak balik sana :)) Rindu sangat-2 . Rindu nak dengar diorang sebut nama aku , menyakat aku , Rindu sangat-2 aku selalu berdoa supaya diorang semua berbaik . Dan aku harap sangat kitorang bleh lepak sama-2 , Yang paling penting rindu nak main konda-kondi dengan saudara mara belah mak :)) Tapi sebab ego , keras kepala . Semua berpecah belah . Aku selalu mimpi nenek belah mak aku tu sebut name aku , mungkin aku rindu kat nenek aku tu . Rindu sangat-2 ! Aku nak sangat pergi kubur arwah atuk aku sebelum aku menghebuskan nafas terakhir aku , tapi tulah aku tak pernah nak pergi pun . Okayy lah sampai sini je , airmata pun dah mengalir . Asalamualaikum bye :D

Selasa, 11 Disember 2012

Penat haih --'

Petang semalam main badminton macam orang gila , Macam SAKAI pun ade jugak .Tapi memang best lah . Yang penting penat tu mesti ade lah . Badan berpeluh-peluh macam orang baru lepas mandi --' And nak cerita pulak pasal SA . Malam tadi dia call , Tapi time tu tasya memang mengantuk sangat-2 . Jadi SA jelah yang banyak cakap -..-

-I LoVe YoU    SA-

Ahad, 9 Disember 2012

I LoVe U SA

Sekarang ni aku dengan SA mungkin bahgia , mungkin lah . Aku tak tau lah dia bahagia dengan aku atau pun tak . Aku pun memang tak pasti . Yang penting aku bahagia sangat-2 dengan dia , walaupun ramai yang tak suka kitorang COUPLE  . Mungkin :\ 

-I LoVE u  SA-

Jumaat, 7 Disember 2012

Kesedihan :(

Mungkin ramai kawan-2 aku yang tak pernah tengok aku menangis , tapi hakikatnya aku mengalirkan air mata dalam diam . Kadang-2 aku menangis sebab FAMILY , KAWAN-2 , DIRI aku . Tak logik ken ? hmm , mungkin :)) Kadang-2 aku menangis tanpa sebab . Tapi itulah aku :))

Selasa, 4 Disember 2012

hanya aku

Hari nie mungkin aku happy sebab orang yang aku sayang ade kat sebelah aku XD walaupun demam :( Tapi bila dia takde sunyi kayy ! Aku bosan sangat-2 bila takde dia . Aku dah lama kowt tak luahkan perasaan kat        blog nie . mungkin :\

Jumaat, 16 November 2012

Sayang :)

Kau senang lah cakap "lupakan lha dia , dan carik orang lain " Aku dah cuba tapi tak boleh , walaupun aku dah padam gambar dia , aku dah padam mesej dia . Tapi aku still ingat kat dia . Mungkin aku dah sayang kat dia , 

BILA KITA DAH SAYANG KAT SESEORANG TU MESTI KITA SUSAH NAK LUPAKAN DIA KAN ? :))

Ahad, 21 Oktober 2012

Cinta ♥

Cinta ? Aku rasa nak gelak bila ada orang kata CINTA tu OHSEM , nak temuntah pun ada . Aku tak faham CINTA tu ape ? Dan CINTA pun maybe tak faham aku .0.o ? Aku still sekolah lagi , so sebab tu lah aku tak faham CINTA , dan aku tak perlukan CINTA , Kalau aku BERCINTA waktu sekarang maybe aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada pelajaran :)) So , kepada korang yang tengah BERCINTAN-CINTAN tu hope kekal kayy :)) *apa yang aku merepek nie ? -..-

Sabtu, 20 Oktober 2012

sayang ♥

Bila kita dah mula sayang kat orang tu mesti orang tu tinggalkan kita ken ? Maybe dia bukan orang yang terbaik buat aku . Dan aku tau , CINTA dan SAYANG aku dekat dia sekadar CINTA BERUK  ^^

Cinta bukan segalanya ^^

Pakwe segala-galanya bagi kau ? Habis selama ni pakwe kau lah yang jaga kau , yang bagi makan kat kau ? *mustahil . Kalau dia cinta dekat kau . Dia takkan mainkan perasaan kau , Takkan sakitkan diri kau . Aku rasa otak kau ni MASUK AIR kowt . Sedarlah weyh , aku yakin lepas dia dapat apa yang dia nak confirm dia TINGGALKAN kau . *jangan jadi BEBAL sangat . ^^

Jumaat, 19 Oktober 2012

bUbUbOoM




Hai ! nie kawan-2 aku . Walaupun diorang nie agak GILA-2 sikit . Tapi diorang lah TEDDY BOO  aku :))

SAHABAT ♥

Diorang selalu sakitkan hati aku , tapi aku sayng diorang walaupun diorang layan aku macam penyapu .

Cinta bagaikan gula-2 kapas ♥

Sejak akhir-2 nie si dia banyak sangat berubah . Dia layan aku macam aku nie tak wujud . Aku sayang sangat kat dia , tapi bila dia layan aku macam SAMPAH sumpah ! Sakit gila hati aku . Mungkin nie balasan untuk diri aku sebab aku banyak mainkan perasaan lelaki . Dan lepas nie aku berjanji kat diri aku , yang aku takkan bagi CINTA  aku dengan mudah . Tapi macammana ? Aku maybe jenis perempuan yang SENANG mencintai lelaki . Tapi lelaki jerw yang tak boleh nak terima CINTA aku dengan ikhlas . Aku tau dia ada orang lain dan aku perasan sejak dia layan aku macam SAMPAH . Dan biarlah dia pergi dari hidup aku dengan cara baik .

                              Apepun aku sayang dia 

Ahad, 14 Oktober 2012

Dear diary ╬═╬

Hari ni memang sedih gila , rasanya takde sape nak faham aku kowt . Mak ayah pun tak faham apalah nasib . sedih kayy